Isnin, 25 Mei 2009

Siri 4 : Lake Tekapo

Hati kami berbunga-bunga bila sampai ke destinasi Lake Tekapo. Letih perjalanan selama 4 jam terubat bila melihat tasiknya yg membiru berlatarbelakangkan gunung salji yang memutih. Ala2 lukisan gitu. Nurdinie yg asalnya berwajah kelat mula menguntum senyuman.


a raha.. he nasya.. mere ba home.. lagi nyanyi lagu hindustan di balik pokok..

susah nak diungkapkan dengan kata-kata.. foto pun tak sama dengan mata yang melihat.. tapi sekurang2nya kita dapat berkongsi keindahan ini..
Lake Tekapo adalah sebuah pekan kecil yang sumber ekonomi utamanya adalah pelancongan.. kalau musim sejuk boleh main ski kat sini..

Setelah puas menatap tasik barulah sedar perut pun dah berdangdut.. kami segera mencari motel yang telahpun ditempah melalui travelbug.. kami menginap di rumah yang mempunyai 4 bilik dan dapur untuk memasak..

Tekapo house ini diuruskan oleh warga Singapura..

kicap cap mudim yang tak pernah ditinggalkan.. made in Kedah ni..

Pemandangan dari rumah penginapan

Siang di hujung2 autumn ni agak pendek.. 5.15pm dah masuk maghrib.. lepas makan turun lagi untuk posing sekitar Lake Tekapo, tapi Nurdinie demam, so mama dia kena tunggu, Hasya dan Aina sajalah yang berposing petang nii..

Dinie dok kat rumah noo.. ala syian dia tuu..

Church of Good Shepperd menjadi trade mark Lake Tekapo, dibina pada tahun 1935.. sering ditempah untuk majlis perkahwinan eksklusif oleh penganut Kristian.. kLau beli post card LakeTekapo mesti ada gambar church ni..

klik punya klik malam pun menjelma.. sebab tu orang suka berjalan masa summer, 9.00pm baru masuk maghrib.. tapi panorama semasa autumn rasanya lebih menarik..

Keesokan harinya kami keluar seawal 8 pagi untuk misi seterusnya ke Wanaka dan Queenstown, tetapi sebelum meninggalkan Tekapo ada sesi bergambar terakhir..




selamat tinggal Lake Tekapo.. mungkin nanti ada rakan2 dan saudara mara kami yang akan datang pula ke sini.. Perjalanan seterusnya adalah ke Wanaka dan Queenstown..

-jask-

2 ulasan:

Fauzieah @ Chome berkata...

salam mask..nice shot laa..cantik gambar2 tuh..
pasal umah tuh kan..kalo tasik puteri tuh jauh sgt la ngan opis hubby..memang kat situ byk la umah org nak sewakan..
kalo bleh nak duk kat bkt sentosa jek..dekat skek ngan opis..anyway..thanks bertanya..
kalo agak2 nnt hubby tukar pkran saya bgtau kay..

Kherun berkata...

mask, pakai kamera apa? cantik gamba