Ahad, 1 Februari 2009

THE BIGGEST TEDDY BEAR IN TOWN!

Kabare semua.. harap2 semua sihat2 belaka. Kami baek2 aja.. hari ini tanggal 1 Febuari 2009 (wahh pantasnya masa!!) di bandar Welly ni diadakan Teddy Bear Picnic. - Acara anjuran kerajaan tempatan dengan tajaan dari pihak2 tertentu termasuk Tupperware (baru ku tahu kewujudannya di sini). Acara berkelah secara berjemaah ini bermula sekitar pukul 12.00 tgh - 4.00 petang.... acara ini dinamakan sedemikian rupa kerana pada ketika ini lah anak2 boleh membawa Teddy Bear masing2 kerana ada dianjurkan pertandingan Teddy Bear. Ada 3 kategori - The Smallest Teddy Bear, The Biggest dan The Most Teddies..

Kalau kengkawan ingat pada tahun lepas, pada awal2 kehadiran kami di sini (cerita dalam blog life in kiwiland yg telah kaput) kami ada beli Teddy Bear besar dari trade me yang amat besar kan?? Sebenarnya teddy bear tu dah macam hidup segan mati tak mau la..sebabnya tak dak sapa la nak main dgn dia..asik kena lanyak la dengan kami anak beranak baring2 atas perut dia...Dek kerana dia besar sangat maka rasa semak pulak la dengan kehadiran dia (sian dia tak der tempat duduk sesuai..letak kat kerusi tak muat..kalo katil single cam terlebih2 la pulak!). So kami suami isteri memang dah sepakat untuk menjualnya semula selepas Teddy Bear Picnic la...

MASA MULA2 BELI DULU..


Hmmmpphhh hari yang dinanti dah tiba..oleh kerana dia tu besar dan berat terpaksala pinjam stroller dari Bell untuk bawak Teddy Bear Giant tu....sebaik sahaja turun dari kereta semua mata tertumpu si Lizzy the Teddy (nama bear tu la yang baru direka malam sebelum bertanding..wakakakaa). Naik segan pon ada...ye la semua mat2 n minah2 salleh dok usha aku ni dok tolak menatang tak bernyawa dengan stroller tu (manakala anak2 berjalan terkedek2 membontoti ku). Lepas tu depa dok asik tegoq dan terkejut tengok kebesaran bear tu...(yg ni aku agak suka la sebab buat pertama kalinya aku tak jadik yg terbesar dalam family kami!!)

PENAT WOOO...
maunya tak penat dok tolak bapak beruang sama anak rimau!!
Hati berkobar2 nak masuk la sebab dengar khabar2 angin hadiah nya adalah tiket ke South Island...so setelah mendafttarkan diri dan si Lizzie diukur maka kami pon melepak la sementara menunggu waktu keputusan diumumkan...dalam 45 min lebih kurang maka result pon diumumkan.

Dengan kepanjangan 147 inci, maka sahlah diumumkan bahawa our teddy bear is the biggest in town!! Yeayyy!! Hasya pon pegi amik hadiah tapi malang tak sempat nak tangkap gambar coz masa tu abah dia pulak sibuk angkat Lizzy nak tunjuk org kat pentas tu....tapi kusangka panas hingga ke petang..tetapi hujan di tengah hari..hadiahnya bukan la seperti yg dikhabar2 kan...hadiah tiket tu untuk pertandingan mewarna dan mengarang rupanya...kami nyer hadiah hanya t-shirt dan satu teddy bear comel jer.. tapi cukup menggembirakan anak2..

KONSERT DARI KUMPULAN AISKRIM BATANG (setelah di translate)
Nota: Kami lepak masa nak tunggu result


Lepak2 sambil tengok konsert
Lepas tu kami pon pegi la ronda2 booth2 ala2 funfair kat situ...dan singgah ke gerai face painting...dek kerana kami pon sampai lewat (dalam kul 2.45 gitu) maka semua dah gerai dah nak tutup...so terus la balik... though tak dapat what we wanted but it's ok since anak2 kami happy : ) dan...yang penting lepas tu berbekalkan duit elaun yang baru dapat, kami pi makan kat kedai makan bernama Marakesh yang menyajikan makanan Morroco...itu part yg paling best buat mak dan abah nya..wakakakaka...

MY CUTIE PIES..
Aina pilih sendiri nak jadik tiger..siap mengaum lagik lepas tu dia...grrrrrrrr!!


Moral of the story : Rakan2 welly..kalo berminat, sila majukan hasrat anda untuk memiliki si Lizzie the Teddy nih...bidaan dibuka sekarang!!

5 ulasan:

mommy anis berkata...

perghhh...kak mask...aina sudah lain...mesti kak mask lukis sendiri kan..

Kherun berkata...

wallahhhhh.... klu betoi dpt tiket ke south island, meleleh ayer liuor den.....

safa berkata...

oittt dah dapat p jopun nak p south island lak ke kak kherun...heheh best la kak mask...cam menarik jer xtvt kak mask sekuarga kat sana...best2...mmg best....

Tanpa Nama berkata...

walluuu...nak habaq mai tengah baca your blog ...baru 1 entry..sambung ptg2 sket no..mas sayang aa hang jual teddy bear besaq tu.. -kay-

ummicaca berkata...

sapa lukih muka anak? cun gilosh!