Rabu, 17 Disember 2008

Alhamdullilahh.. hiphip horeyyy!!

Ekhemmm....entry kali ini adalah ekspresi dari rasa kesyukuran dan kegembiraan aku terhadap keputusan trimester ku pada kali ini.. bersyukur kepada Allah S.W.T kerana telah memurahkan rezeki dan menguatkan semangat ku pada trimester yang mencabar ini. Walaupun ianya trimester yang berat kerana aku terpaksa amik banyak mata pelajaran..tetapi syukur aku berjaya melaluinya dengan baik bahkan jauh lebih baik dari trimester lalu. (dari semua aspek bukan tertumpu pada keputusan akhir jer)

Hasrat untuk mendapatkan apple sebenar telah tercapai...berapa biji tu tak penting...kerana yang lebih penting adalah peningkatan pencapaianku melambangkan sejauh mana kesungguhan aku untuk menyahut cabaran hidup di bumi asing serta kesungguhan aku melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh MQA. Diharap ilmu yang aku dapat di sini dapat digunakan untuk kebaikan semua terutama kebaikan MQA...jika mereka sudi mendengar cadangan yang tak seberapa dari aku ni la...

Terima kasih tak terhingga jua diucapkan kepada En. Jask kita yang sentiasa menyokong dan membantu setiap masa tanpa pernah merungut..kepada keluarga yang sentiasa berdoa dan sahabat di Malaya yang sentiasa memberi semangat serta sahabat Wellingtonian yang menceriakan kehidupan di sini...chewaaahhh dah macam dapat trophi la pulak..sowiiii...

Happy Wednesday

1 ulasan:

cikmas berkata...

kongretulesyen nohhh...waahhh..lulus cemerlang gitew!!!