Kia Ora semua... pasti semua tertanya2 pasai apa la tajuk N3 pada kali ni begitu bunyinya..he3 yang sebenarnya saya ni telah mengalami tahap menyampah yang amat terhadap progress diri sendiri...assignment ketiga yang sepatutnya dijadualkan siap kelmarin, tak siap2! Huh! rasa macam nak menyekeh diri sendiri jer...hehehe... time2 gini teringat zaman dok UiTM dulu masa dok buat Diploma. Masa tu memang rajin layan majalah Ujang lawak antarabangsa..setiap keluaran pasti tak lepas punya.
Punya la suka majalah tu, sampai balut dengan plastik nih!! Bagi aku majalah tu kekadang bukan sahaja menghiburkan dan menghilangkan stress tapi ia juga salah satu buku rujukan aku tau! Haa...tu la tak ramai yang tau...dulu dalam majalah tu ada satu siri kartun namanya 'Abe', selain menyelitkan unsur2 positif, di setiap permulaan kartun itu juga diselitkan hadis2 yang berkaitan... maka cabutan hadis2 ni la aku buat modal dalam karangan periksa UIS (subject Agama la)... haa..kekadang ramai gak heran tengok aku dok kilek majalah kartun tatkala nak periksa..termasuklah bekas rakan sebilikku a.k.a kakak iparku sekarang...hehehe..
Yinadeeiii Minachiii!!! bukan ini sebenarnya aku nak cerita pada N3 kali ini...sebenarnya nak update cerita ceriti pasai aktiviti kami semenjak dua menjak ni...sebenarnya memandangkan majoriti kengkawan di sini 'free' dalam sebulan dua ni maka banyak la jugak aktiviti bersama yang dianjurkan iaitu :
SESI LAWATAN KE LINDALE

Lindale adalah kawasan ladang ternakan biri yang agak terkenal disini. Selain biri2nya, aiskrim di sini amatlah enak sekali, sehingga sahabat2 Malaya mengelarkan 'aiskrim paling sedap di dunia'! Hmmm... maka pada Ahad 2 minggu lepas, kami bersama 3 lagi keluarga Malaya telah menjelajah Lindale. Kami bertolak sekitar jam 10 pagi dan sampai lebih kurang 45 min perjalanan. Sesampainya di sana biasala...orang Malaya...bukak bekal la... upacara port luck pon berlangsung dengan hebatnya! Mana tak hebat juadahnya mak aiiii mencengkam perut! Nasik lemak, piza, sandwich telur dan sardin, bihun goreng, lontong, murtabak dan rendang pon ada!! Kekadang rasa macam pi rumah terbuka pulak...

Lepas makan, kami terus masuk ke farm. Ala2 Liliput Farm yang kami p dulu... luas saujana mata memandang ladang tersebut... ketibaan kami disambut oleh anak2 kambing biri2 dan anak2 lembu yang comel dan manja...berebut2 nak makanan yang dibeli dengan harga NZD1 sebungkus. Macam orang perak tak pernah jumpa binatang, kami pun posing sakan dengan binatang2 tersebut...anak2 belari riang dan menjerit2 kecil tatkala tangan dijilat oleh binatang2 tersebut bila makanan dihulurkan..

Selesai menjelajah ladang binatang, kami menuju ke kedai aiskrim yang terletak di situ juga..pada ketika itu bukan anak2 saja yang teruja memilih perisa, org dewasa pon tak lepas peluang...rasa macam nak makan semua perisa! Yang istimewanya aiskrim di sini boleh dimakan tanpa ragu2 kerana telah disahkan tiada unsur2 yang diragukan sebab ianya memang dibuat untuk golongan vegetarian...harganya pon amat berpatutan..bila dapat aiskrim, semua diam seribu bahasa...betul!! Sedapnya tak terkata...selain lemak dan berkrim, aiskrim ini mewah dengan rasa cheese! Enak banget deh!! Aduss... telan air liur pula bila teringat...

Lepas makan aiskrim, kebetulan kat situ ada dibuat car boot sale...hehe..sempat la rembat apa yang patut..En. Jask kita sempat rembat PS1 dengan harga NZD10..jadik la...PS1 pon okay la tu...

Sebelum pulang kami singgah dulu di .....(alamak lupa! nanti boh bila ingat) Di sini ada trem (ketapi pendek) klasik.. dengan pembayan NZD12 satu family, maka kami pon dibawa menaiki Trem selama lebih kurang 10 min ke satu kawasan lapang berhampiran laut... hmmm cantikk.. lepas tu dia bawak kami balik semula ke stesen tadi. Dek kerana makanan banyak dan perut pon dah lapar, maka kami pon makan tengahari dan solat zuhur. Selepas tu..choww balik la...hehe.. sambung buat assignment seminggu lepas seminggu, pi pulak lokasi kedua iaitu :
BBQ DI KAITOKE
Acara pada kali ini lagi meriah...disertai 13 ker 14 buah kereta, kami menyerbu ke kawasan perkelahan Kaitoke- lebih kurang 30 min perjalanan. Kawasan ini ada sungai yang amat jernih sekali. Sungai ini antara lokasi pengambaran 'tuan punya cincin' a.k.a Lord of the Ring (LOTR)! Kalau dah org pon meriah, makanan lagi la meriahnya..dah sampai tahap maharaja aku rasa... yang BBQ yer menu..daging pak bek, pak moo dan mak yam diperap dengan begitu hebat sekali... lepas tu makanan sampingan pon macam2 nasik tomato, nasik daging nasik putih, ayaq asam tomato al pacino, rojak buah likat memikat, spagethi goreng (3 menu ni tajaan kami la), roti bun, cinamon roll entah macam2 lagi la...pokoknya sampai dua meja la kami boh makanan!!

Sambil makan, sambil sembang, lepas kenyang tengok anak2 mandi sungai pulak... tapi tak tahan...ayaq dia mak aiii sejuk gedi tahap gaban! Aku masuk sat...rasa cam naik kebas kaki..patut la kakak mandi ala2 P.Ramlee dalam Masam2 Manis jer...sejukkk beb!! Lepas sesi BBQ kami menjelajah satu lagi lokasi LOTR iaitu Rivendell...hmmm terasa bagai berada di zaman dulu2 pulak...kami ni apa lagi aktiviti rasmi la...posing! Yang kelakarnya siap ada yang meniarap, mengiring dan berguling2 ni ..beraksi! Fuhh!! hapenning sungguh! Mengalahkan pengantin bergambar...
Setelah penat berjalan ..dalam lebih kurang pukul 5 lebih masing2 membawa haluan pulang ke rumah... memang meriah acara pada hari tersebut..kiranya sampai ke pagi esoknya masih lagi terasa2 keseronokan berkumpul bersama! Tahniah kepada host sesi pada kali ini iaitu Khairul n Deb! Ka Pai!

Aina tersengeh gembira setelah seminggu terperap kat umah!

8 ulasan:
Hatiku meruntun2x nak ke sana... Apakan daya, bajet tak adaaaa... huhuhuh
Kak kherun...hmmm apa kata kak kherun mai sambung belajar kat sini? Hehehe...hubby kak kherun org IT.. kat sini banyak kerja...
Maz, itu tempat namanya "Queen Elizabeth Park".Betoi tu memang seronok dapat kumpul ramai-ramai but bila balik umah..terus migraine. Ni pasai makan macam2 le ni...huhu.vanakam!
bestnyerrrrrrrrrrrr banyak jenjalan kat sana....
sronoknyaa kak... moga2 suatu hari nanti ada rezeki untuk ke sana...
insyallahh...atau mungkin Don boleh kerja nagan JPA kat sini laks! hehehe.. - k.mask
huih..hobi kita serupaaa..masa study dulu suka kumpul majalah Ujang...abis blajaq, 2 kotak bawak balik umah...ngalahkan buku study..sekotak jer.. hahahaha
syiok jalan2 cari makan kat sana..ayaq tu mcm best..tapi dgr citer sejuk...eiiiii.. rasa menyucuk ke tulang itam laaa
syitah...sama la kita.. patut la kita punya cita2 pon sama..nak jadik surirumahtangga tapi berduit!! nyeh2 memang cita2 kartun!!
Haa.. ayaq tu memang menyucuk! Bukan tulang hitam saja, tulang belulang, tulang ayob anak tulakang semua dia boleh cucuk...hahahah (tu dia dia bawak keluar karakter kartun dah..)
Catat Ulasan