1. RAMADHAN DI WELLINGTON..
Ramadhan kali ini adalah pertama bagi kami sekeluarga di perantauan. Menempuh ramadhan di Wellington, New Zealand begitu menggigit rindu pada negara tercinta Malaysia. Berbuka dengan juadah yang cukup sederhana, tanpa laungan azan mengiringi, mengingatkan kami pada kampung halaman dan saat-saat berbuka bersama keluarga tercinta. Tidak lupa juga kemeriahan tatkala membeli belah di pasar ramadhan. Suasana sedemikian memang tidak dapat dikecapi di Wellington kerana warga muslim adalah golongan minoriti.. Sesekali ada juga menjemput rakan berbuka bagi menambahkan sedikit rona pada suasana Ramadhan di sini.
Alhamdulillah, dengan adanya sebuah masjid yang boleh memuatkan lebih kurang 500 jemaah, kami dapat bersolat tarawih bersama-sama warga muslim lain dari pelbagai bangsa, sama-sama sujud kepadaNya, cuma di sini tidak diselang selikan dengan salawat seperti tarawih di Malaysia. Anak-anak yang baru berlatih berpuasa pula berdepan dengan cabaran mental agak besar untuk menghadapi rakan-rakan yang bukan seagama, namun peralihan dari musim sejuk ke musim bunga membawa cuaca dingin dan nyaman, sementelah lagi masa berpuasa juga agak pendek berbanding di Malaysia.. sesuai untuk latihan berpuasa..

gotong royong majlis berbuka puasa anjuran komuniti Cambodia, Malaysia dan Singapura
gambar2 sekitar suasana berbuka puasa dan bertarawikh
Harapan kami sambutan Aidilfitri bersama rakan-rakan seperjuangan di Wellington ini akan dapat mengubat rasa rindu dan sayu di pagi lebaran. Pengalaman berhari raya tahun ini akan pasti mewarnai kehidupan kami di bumi kiwi ini. Bumi yang mewah dengan kecantikan alam semulajadi, bunga-bungan berwarna warni dan laut lepas yang jernih lambang kekuasaan Illahi.
Ucapan : Kami mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada ayah dan emak di Jeniang (Jamaluddin dan Che Embun), abah dan emak di Pantai Merdeka (Mohamed dan Amnah), Abang Hatta dan Kak Za sekeluarga di Sungai Petani, Abang Jan dan Nita sekeluarga di Bandar Perda, Mahafiz di Politeknik Kulim, Abang Mail dan Kak Maliah sekeluarga di Padang Serai, Abang Men sekeluarga di Sungai Petani, Abang Din dan Kak Ulia sekeluarga di Jerantut, Abang Ca dan Kak Da sekeluarga di Kulim, Abang Aziz dan Kak Na sekeluarga di Ulu Kelang, Jasrul di Jeniang, saudara mara di mana jua berada, rakan-rakan sekerja di Bahagian Buku Teks dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan semua rakan yang mengenali diri kami. Mohon ampun dan maaf di atas segala salah silap dan semoga kita akan berjumpa di hari raya 2010 nanti..
(dipetik semula dari ucapan khas raya seperti yang diminta oleh wartawan rencana KOSMO! Walau bagaimanapun ianya tidak diterbitkan dalam akhbar berkenaan atas sebab2 yang tidak diketahui)
2. DARI CAPELLA KE PRAIRIE
Mazda Capella adalah kenderaan yang kami beli semasa mula2 sampai di NZ.. dibeli pada 29/2/08 di Tawa dengan harga NZD1100.. Enjinnya agak baik dan smooth.. tapi adat beli kereta murah memang la nak kena repair sedikit sebanyak.. tapi kalau dah banyak kali sangat, mana boleh jadi.. kali terakhir Capella buat hal dengan starter motor yang terpaksa diganti baru, 1 hari masuk bengkel pada 24/9/08.. tak dapek den poie koje hari tu..
Capella telah membawa kami ke Otaki, Kapiti, Carterton, segenap pelusuk suburb Wellington dan terakhir ke Palmerston North.. bakti Capella tak dapat dinafi, namun kami telah bermesyuarat sambil sahur, sambil berbuka, sambil tidur dan sambil Mask buat assignment.. dan telah buat keputusan untuk cari pengganti..
INILAH MAZDA CAPELLA 1994 1.8(A) (Reg. No. : WZ 8987) YANG KAMI GUNA SELAMA 6 BULAN DI NZ.. BAKAL MASUK TRADE ME
Maka bermulalah pencarian dalam www.trademe.co.nz.. pengalaman kami kalau cari barang ni memang tak lama.. kriteria pengganti mesti lebih luas drp Capella.. sebab kalau jalan jauh Hasya selalu merungut pening dan tersepit di celah2 carseat Aina dan booster Dinie.. (peraturan kat NZ kanak2 bawah 7 thn kena pakai carseat/booster)
Usha punya usha ada la 2 yang berkenan di hati dan memenuhi kriteria.. iaitu Nissan Prairie J-7 keluaran 1992 dan Honda Odyssey keluaran 1996.. Oleh kerana lokasi Odyssey agak jauh di Upper Hutt, kami pergi test drive Prairie kat Naenae, Lower Hutt pada hari rabu (24/9).. satu keluarga naik test drive.. semua pun suka.. tapi belum buat keputusan.. bid tutup hari khamis petang.. Harga starting bid NZD1890.. Ray (sipenjual) kata dia nak NZD1800.. hati dah 60% suka.. sebelum balik Ray datang kat tepi tingkap kereta dan berkata "if you bring 16 hundred tomorrow the car will be yours.." Kami masih lagi berlagak tenang tapi dah pandang memandang, dan lebih kurang 200 meter meninggalkan lokasi tersebut cepat2 hantar sms .. deal!
Ha..ha.. senang sungguh beli barang.. itulah kami mask dan jask sama saja.. hang tengok aku, aku tengok hang.. selalunya jadi saja.. So pada hari khamis, Prairie bertukar tangan.. Malam tu saja-saja follow bid untuk Odyssey yang berakhir dengan harga NZD2010.. kira murah la tu.. tapi jodoh kami dengan Prairie..

INI PULA KENDERAAN BARU KAMI (BARU BELI, BUKAN BARU BARU).. SEMOGA TAK BANYAK RAGAM DAN DAPAT MEMBERI KESELESAAN KEPADA KELUARGA - NISSAN PRAIRIE J-7 1992 2.0(M) (Reg. No. : YI 1522)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan