Memaparkan catatan dengan label Tagged. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tagged. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Mei 2010

JERAT YANG MENGGENA

Salam semua..rakan2..sudah lama tidak menyentuh blog ini..semenjak tahun baru ari tu.. hidup di tanahair adalah seperti biasa. Tidak ada apa yang berubah..nasib pon masih sama cuma bertuah kerana dikelilingi rakan-rakan yang sangat baik hati...semetelah tengah tunggu time nak balik umah (tunggu geng nak tumpang balik) saya nak menjawab TAG dari Siti Rohani..

SIAPAKAH ANDA DIRUMAH?
Isteri, sahabat dan rakan buat lawak kepada suami. Ibu dan tenaga pengajar ala2 Cikgu Jasmine AF (pasai suka gak buat jeritan) kat anak2 ku...hehehe

SIAPAKAH DIRI ANDA DISAMPING RAKAN?
Saya adalah rakan kepada rakan saya ...baru kalau jumpa ramai2 leh jadik rakan-rakan...hehhee

5 BENDA YANG ANDA IDAMKAN TAPI MASIH BELUM TERCAPAI?
1.Nak menjadi orang yang bertuah dalam kerjaya
2.Nak jadik orang yang pandai menyusun kata bila idea datang mencurah2...selalu kalau terlalu excited  cakap jadik lompat2...hahhaa menggelabah jer nampak!
3.Nak jadi orang yang disegani kerana ilmu
4.Nak jadi suri rumahtangga yang boleh menjana ekonomi keluarga dengan cara yang tersendiri n menjaga anak sepenuh masa
5.Nak menjadi orang yang tidak akan merungut walau apa pon dugaan yang melanda

SIAPAKAH NAMA PASANGAN ANDA?
Jasmadi atau nama pendek nya Jask or nama komersial Jezz Labu...hahhaa

CERITAKAN 5 PERKARA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG PASANGAN ANDA?
1. Sangat versetile - leh jadik pelakon, pelawak, penyanyi, tok imam, chef, tukang sapu, tukang cuci, tukang urut, penceramah bebas, tokoh politik, pengkritik filem, pelukis kartun, superhero, man belon  macam2 la kiranya.....tak larat nak tulis....
2. Sangat2 kasih akan saya...(saya perasan ker apa ker..yg penting saya rasa kasih itu melimpah ruah,,- sila muntah rakan2) 
3. Rakan shopping yang tak pernah berkata tidak....wakakaka (best wooo)
4. Dan lain-lain .
5. dan lagi dan lagi dan lagi (rasanya bukan 5 tapi lebih dari 5 juta perkara yang paling saya suka nih..)

BILA TARIKH COUPLE
hmm...kenal sangat lama since 1989..tapi couple secara jarak jauh tahun 1998 kot...

KENANGAN PAHIT ANDA BERSAMA RAKAN ANDA
Kenangan pahit selalu bersama musuh...yinadeeeii soklan nii...

LAGU TEMA CINTA ANDA
dah macam slot sinetron la pulak lagu tema bagai...semua lagu rock kapak la kot..hahhaa

APA PERUBAHAN YANG ANDA INGIN LIHAT PADA PASANGAN ANDA
Ada uban sikit...baru nampak tua sikit..ini dah 40 uban satu pon tak dak..kang dok p pakai baju sekolah masuk sekolah menengah balik..naya den!

TAG 10 RAKAN LAIN
Semua kawan dah kena tag so bagi kat rakan orang lain la
1.Aznil haji nawawi
2.Afdlin shauki 
3.Jiran kepada blog aku ni
4.Mat gebu si tukang masak
5.Zed Zaidi
6. 
7. 
8.
9. 
10.

(yang kosong tu sila la fill in the blank)


Adiosss....

Sabtu, 20 Disember 2008

KENA LAGI....

Nama Timang-timangan anda oleh yang tersayang?
  • Husben - Adieq
  • Family- Adieq
  • Kengkawan Sekolah - Pecah Rohsia nih.. Margina/Margie (sekolah rendah: inspirasi nama ini datang dari filem Ali Baba P.Ramlee) bila masuk sekolah menengah nama ini mengalami evolusi ke Maggie kerana ianya lebih glamour..hehehe...
  • Kawan Dari U ke sekarang- Maz yang telah ku suntik elemen kormersial kepada Mask (macam la produk nak kena promosi..hehe)
  • Anak-anak buah - AreChik (juga nama yang dikormesialkan dari Mak Cik...hek eeleehhh... tak glamour tul pangkat ku itu..)
Anda Seorang yang ...
  • Hmmm.. tak reti nak nilai diri sendiri nih.. tapi yang pasti seorang yang tak jemu2 memikirkan masalah berat badan sejak habis belajaq!! Usaha ke arah tu nyeh3...hangat2 taik cicak..(maknanya saya bisa berbicara tentang kerisauan tentang berat badan sambil tangan menyenduk nasik tambah yang entah ke berapa kali!!)
  • Saya seorg yang suka akan kerja2 yang melibatkan kreativiti - melukis, mewarna, mereka bentuk sesuatu seperti kad, video, gambar..atau lain2 berkaitan dengannya
  • Tidak minat mengira duit dan tidak pernah langsung berniat untuk menjadi Accountant walaupon my basic degree is in Accounting...err..dulu nak amik kursus ada kena mengena dengan art atau advertising tapi tak der pendedahan ..so amik kursus yang ikut aliran masa sekolah jer lah..
  • Sesuatu yang pelik saya kira, kerana saya ini seorang yang suka gatal2 menerjunkan diri ke bidang/perkara yang saya tak minat dan menentang perasaan tak minat sampai la mencapai tahap at least 'baik' kalau tak membanggakan pun dalam bidang/perkara tersebut maka bila dah capai tahap tu saya akan rasa lega dan puas..contoh..saya tak minat langsung Account saya pi gatai amik kursus Account..saya tak minat politik dan mengarang jawapan2 parlimen ni..saya gatai jugak sanggup nak duduk dalam unit tu dulu..err..dan sikap tu la membawa saya kemari -saya tak suka berjauhan dari keluarga dan tak suka environment baru...saya gatai jugak mencabar diri kemari!! tidak kah itu dinamakan pelik??
  • Suka berborak dan melayan orang borak ...tapi jenis one to one atau small group only ..kalo dah ramai org atau ada orang yang lebih vokal maka saya lebih suka menjadi pemerhati dari center of the crowd
  • Rasa puas teramat kalau dapat tolong orang yang memerlukan err.. patut jadik pegawai Kebajikan Masyarakat/MSD or..jadik Angelina Jolie..muahahah (Tu diaa.. dalam tak reti jawab tu..berkajang pak malau la jugak karangan nih!!)
Describe ape membuatkan dia terlalu istimewa di mata anda ..
Wowowowoo... i dun like this question..terlalu istimewa tu dah macam bunyi orang kurang upaya lak aii...anyway.. saya kira terlalu banyak untuk dinyatakan dan mungkin terlalu peribadi untuk menjadi tatapan umum..oleh itu cukuplah sekiranya saya menyatakan satu ungkapan yang amat popular. ringkas dan padat iaitu NO COMMENT please.. mauahahhaa!! - jawapan ala2 artis gitewww.(sebenarnya malas nak taip..takut ada org muntah buat sekian kalinya..hehhe)

Makanan & minuman favourite anda.. (adoiyaiii tanya yang suka pada si gemuk ini..banyak la kalo nak tulis.. kalau tanya yang tak suka tu boleh la nak taip..) .

  • Nasi - saya suka makan nasi, hari2 saya makan nasi dengan anak2 saya..kadang2 anak2 makan nasi saya..saya pon geram lantas saya abiskan nasi anak2 saya...wakakakakaka...
  • Ayaq sejuk - saya suka minum ayaq sejuk, ini semua kerana Mat Mejar..dia ajaq saya minum ayaq ais ketoi hari2 sejak dari kecik..bangun sahur pukoi 3 pagi pon kena cari jugak ayaq ais ketoi..hasilnya...perot saya sekarang pon berketoi2...

Favourite Colour ..
Colour atau Kala (dalam lorat kedahnya)- dulu masa saya kecik saya suka kala biru, bila remaja saya suka kala gelap...tapi la ni dah tua sikit saya tak tau kala apa saya suka tapi yang pasti saya tak suka kala jengkin sebab dia berbisa...auwww..

Favourite Song Indepent Woman ..
Soklan ni tak reti nak jawab..sebab dah lama tak dengaq lagu...owhhh ada2..bukan lagu favourite tapi terpaksa dengaq hari2 dua tiga menjak ni iaitu Jinggle Bell..

Siapa yg selalu membuatkan anda tergelak
Sapa yer?? ramai sungguh pak lawak dan mak lawak kat Wellington nih..kita tukar sikit soklan ..bukan siapa tetapi apa..saya suka nak tergelak bila saya baca e-mail dari kawan kat sini pasai memancing a.k.a Buletin Joran depa...kehkehkeh..geli urat saraf den!!

Siapa yg membuatkan anda stress ..
Stress?? sapa? err jawapan artis - NO COMMENT

3 benda yg mesti ade dlm beg anda ..aiseh tak dak beg dah la ni..ada beg sekolah jer...anyway
  1. Pampers Aina dan kelaengkapan lain- bedak dan tuala budak
  2. Baju Salin Aina
  3. Lipstick
Kali terakhir anda beria-ria menangis. Kenape ..
Ooo lebih kurang seminggu sebelum datang sini..bukan sedeh nak tinggai malaya tetapi sebab penaja kasik tau dia sponser saya seorg saja untuk kesini... mana tak meraung..tak kan nak tinggai hubby dan anak2...meraung den hampir2 nak kansel datang sini..sampai terganggu kesihatan!! fuhh

Perkara yg paling lucu atau memalukan dlm hidup anda ..
Banyak la pulak!! tapi paling segar adalah masa awal2 kerja dan masih anak dara la..kat bus stand nak pi keja ramai org tunggu..bas datang, aku lari nak kejar bas, pastu jatuh terduduk..then bangun nak kejar jatuh lagi ..tiga kali jatuh maaa...org atas bas dan tepi2 tu siap bersahut2 menjerit kecil cakap Allah2! setiap kali aku jatuh... maka kali ketiga aku bangun ala2 sprinter la...terus berlari mendapatkan bas dalam hati dok kata kali ini aku mesti naik bas ni..kalo tak malu arr nak tunggu dengan saksi2 kejadian..so aku berjaya naik bas tu..hasilnya esok dan hari2 berikutnya aku tak naik bas dah.. aku belajar naik LRT!! muahahhaa..

Tag 6 rakan anda ..aiseh semua kawan cbuk la...so ini tak der paksaan noo..
  1. Khamsatun - Hubby dia periksa, so ini nak bagi kat dia soklan jugak la..
  2. Alin
  3. Anie
  4. Hana - dia tak dak blog..tapi tak pa saya kasi can dia tulis kat dalam buku sekolah anak
  5. Dina - dia ada blog tapi dia tak henggat password dah.. so bila hang ingat la noo
  6. Aznil Haji Nawawi - err.. dia bukan kawan baikk la tapi aku kenai dia..hehhe
Done!

Jumaat, 12 Disember 2008

Wa suda kena maaa...

ohooiiii......setelah sekian lama menjadi blogger.. ini la baru ku tahu erti kena tag.. rasanya dulu nud pon ada kot tagged me..but to tell u the truth..aku tak tau ponn makna tag ni.. ingatka kalau kena tag tu soklan tu mai menerusi e-mail ker apa ka.. dok tunggu2 jugak e-mail dari nud... ishhkk3 dia punya buta sistem la aku nih.. heheh.. so sikalang wa suda celedik sikit maaa... so ini ada ueya kasi sama gua.. kasi jawab loo...

1. Do you think that you are hot..??

I guess I've never have this kind of thought....when I was small, I was my daddy's favorite child (sebab kak n abg lahir dan besar masa abah kena hantar Sabah/Sarawak..so no bonding la kononnya..but now dah sama dahh)..so ini Mat Mejar kind of bias (they said)...so my sister and my bro selalu 'kena' kan aku... they called me 'Ulu lecaq bonyoih' a.k.a kaum Tasade (nama kumpulan org asli yang rambutnya merah tapi kulitnya gelap dan tidak elok paras rupanya). They call me that coz my hair is not pure black in colour like normal Melayu and I have 'bulu roma' agak keperangan...walaupon aku tak la hitam sedemikian rupa. So masa kecik, aku pon rasa macam aku ni tak comey la...sampai la remaja, tapi masa remaja aku dah rasa aku tak la seburuk ulu lecaq bonyoih but I'm still not a hot chick....hahhaa.. dah umor 33 ni kenkadang aku rasa buruk balik..tapi buruk ala2 orang2 Maori jer la... hehehe.. so the answer is big NO
Nota: Walaupon masa kecik my bro n sis selalu kenakan aku tapi aku rasa fair n square la..coz kalau aku tak pass peksa depa yg kena marah...muahahaha...atas alasan depa tak ajaq aku..so aku pon tak la kesah kalau depa pekena sikit2..elok jugak depa pekena aku coz aku masa kecik dulu lurus bendul hanya Allah jer tahu.. lagipon aku patut terima kasih kat depa sebab kalau depa tak kutuk2 aku..sure aku jadik spoilt dan perasan bagus yer tak?? so for me they're the best bro n sis in the world!!

2. Upload a pic of you

3. Why do you like this picture?
Suka sebab pertama ada bunga tulip di belakang tu..cam tak caya jer leh ada di sisi hamparan bunga tulip hidup..dan kedua sebab tangkap gambar berdua jer.. hahha dulu time kawin gambar buwukkk rasanya ini lagi elok..huhuu
4. When was the last time you eat pizza?
Hampir sebulan yang lalu kot.. itu pon ueya n sam yang beli..kami gi tumpang semulut makan kat rumah Abg Ali ..tq ueya n sam.. hehhe......
5. The last song you listen to?
Lagu hindustan dalam filem The Guru.. entah aku pon tak tau tajuknya...lagu Malaya last skali dengar lagu Harum Subur Di Hati kat You Tube..
6. What are you doing rite now beside doing this...
The answer is nothing.. I'm doing nothing coz dah cuti sekolah..yip yip horeeyyy

7. What name you prefer besides yours?
err...sebenarnya aku ni tak le minat sangat nama aku nih...tang part wati tu tak berapa gemorr... nak2 pulak nama tu nama ex-awek Awiee..awww tak kuasa I!! so nama yang aku suka dah habih la aku guna kat anak2 dara aku rasanya...ooo ada satu nama yg aku suka dulu... iaitu Ameer Hamzah...hehehe..tapi bila tau itu nama N.D Lala..rasa suka tu kureng laa..

8. People to tagged
1. Nud yang pernah mengetag aku tapi aku tak paham...
2. Selly..kalau lom bersalin lagi laa atau kalau tak tau nak buat apa time pantang nanti..
3. Ima bini nya si Ajak...haaa..ima hang jgn sembunyi, kak mask tau hang ada blogg..
4. Masyitah a.k.a Cik Mas yang tengah kelam kabut bukak butik tu..kalau dah ada time free sila2 la ..sementara tunggu customer maii
5. Cheni la ..ganti Kak kherun sebab kesian kat kak kherun sure tgh serabut la nih..

9. Who is no 1? (cikgu ni saya buat pembetulan..ikut list org kena tag yer.. soklan tak jelas nihh..hahhaa)
Nud..kawan office ku, senegeri nih.. dia ni pandai masak ooo..dulu2 masa aku dok Rawang ada la dua tiga kali lepak umah dia makan tghari..hahha buruk perangai..saja teman2 dia dan borak2..kehkeh..dia ni sempoii..sapa tak kenai mungkin rasa dia ni laser..tapi itu dalam banyak lembut maaa...
10. Who is no 3?
Ima bini nya si Ajak.. heheh,, couple ni paling chumill aku rasa..kecik molek kedua2nya.. depa dua2 satu opis jugak..Ima kaki gelak..ajak pon lawak jugak,,tapi sejak kawin serius sikit la..ye la pulak kalau dia buat lawak ima asik gelak jer..dah tak jadik kerja lak..muahahhaa saja kasi dia coz aku baru discover dia ada blog rupanya...
11. Say something no 5
Cheni...kawan opis jugak..bukan aku tak dak kawan dari zaman sekolah atau Uitm ..tapi depa tak dak blog..so tak leh la nak tag kan.. oo cheni ni masa aku nak mai sini dia kasi sarung tangan pink..hmm how thoughtful ..dan sarung tangan tu la yang aku pakai pon..tq2..
12. How about no 4?
Masyitah..junior setahun kat sekolah ibrahim.. ha... dia ni baru jer aku jumpa semula di arena blog ni..tu pon dia nampak aku komen kat blog org..hahhaa..tu la namanya dunia tanpa sempadan.. dia ni yg aku ingat masa sekolah kaki gelak..fuhh kalau gelak tu..mmg dah tau dah sora sapa..nyeh2 tapi tup2 bila mai result peksa..dahsyat...power giler...sekarang ni dia tgh set up butik kat sungai petani ....hmm bila la aku nak ada business sendiri nih??

13. Who is no 2?
Selly... rakan office dan juga bakal jiran setaman ku.. dia ni orgnya tinggi..sama sepadan ngan suaminya.. hmphh pokoknya kalo aku duduk disebelahnya..macam katak dok ngan angsa lagaknya.. tapi apa nak buat dah tak leh nak tinggi dah aku nih..kalau setakat nak melebaq..anytime.. so terima jelah hakikat..