Kami sekeluarga tak berapa sihat kebelakangan ini. Dugaan pertama berbentuk kesihatan yang kami terima sejak sampai kat sini. Alhamdullilahhh mudah-mudahan ianya mendatangkan manfaat kepada kami. Kedatangan semester akhir aku pulak disambut dengan 'ketidakhadiran' ku ke kelas. Alhamdullilah...kita hanya merancang Allah yang tentukan. Tak mahu bercerita tentang apa yang dialami pada ketika ini, apa yang bergelodak dalam diri...cukuplah dengan ungkapan Alhamdullilah..
Cuma apa yang aku dan suami terfikir2 tatkala kami begini adalah keadaan org tua2 di kampung yang tinggal berjauhan dari anak2. Bila waktu sakit mengatasi waktu sihat..pasti tak terdaya rasanya. Bila lemah mengatasi kuat, kehendak mulut dan perut yang selama ini sentiasa terfikir2 akan terus dipandang sepi. Terngiang2 kata2 nenek dan mak suatu masa dahulu tatkala mereka tak sihat " mak/tok ni kalau tak larat, makan jer la apa yang ada, nak buat lagu mana.." Pada ketika itu kita (org muda) ni pasti akan mengiyakan jer...sebab berdasarkan logik akal kita, memang ia boleh diterima...tak pernah pulak kita nak fikir lama2 statement tu...
Tapi keadaan kami baru2 ni telah membuatkan aku terfikir balik kata2 mereka dengan lebih lama...yer memang benar orang tua tu makan apa yang ada, KALAU ADA...tapi kalau tak dak?? apa dia nak buat? kalau dia nak buat pon, ada ker kuderat nak buat?? ada tak sesiapa di sisi nak bantu? kalau ada 'mak cik tijah'*(karakter ini tiada kena menggena dengan sesiapa yer) pon kat sebelah rumah orang tua kita, mesti orang tua kita rasa segan nak mintak tolong 'mak cik tijah' yang beranak lapan tu setiap masa kan??
Aku tau semua pening dgn entry aku pada kali ni.. tapi aku tak peduli, apa yang aku nak cakap adalah kita ni orang muda2, tak pernah rasa erti 'tak larat' orang tua2..kita tak tahu bagaimana rasanya bila waktu sakit mengatasi waktu sihat..aku pasti bila waktu itu tiba, orang tua akan pasti rasa patah hati. Patah hati bukan sebab anak2 tak ada disisi, tapi mereka akan rasa patah hati dan marah kerana anggota sendiri tak lagi mahu berfungsi...patah hati dan kecewa bila diri tak berdaya nak masak hatta sepinggan nasi....hmmppp...maka aku harap nanti aku dapt ingat lagi benda2 yang aku tulis ni bila balik Malaya...aku tahu kita tak boleh ubah banyak rasa patah hati tu, tapi sekurang-kurangnya aku harap sangat2 agar aku ada peluang untuk kurangkan retak pada hati2 yang patah.....
Apa2 pon.. harap saudara dan sahabat sekalian dapat doakan la semoga kami segera sihat, sebab masa amat pendek untuk aku menyelesaikan misi ke sini.
Salam hormat,
mask