Kalau Faheem dulu banyak kali jugak false alarm, sakit tapi pergi belum nak bersalin, tapi Eeman nasib baik tak macam tu.. tapi ada cabaran lain la pulak bagi mama dia.. Pengalaman tak berapa bagus di hospital Putrajaya menyebabkan persediaan kelahiran Eeman kami daftar di PPUM tempat 3 orang kakak dia dilahirkan.. Faheem sorang je lah IC lain sikit yer.. hehe
Semasa mama Eeman rasa sakit, masih awal pagi, 7.6.2015 .. nasib baik Hasya sedang bercuti sekolah.. so yang lain termasuk Faheem Haseef tinggal kat rumah..
Pemeriksaan menunjukkan bukaan masih kecil dan jangkaan lewat lagi untuk bersalin, tapi puan Maz kena tahan dulu di hospital.. Petang bawa anak2 ziarah mama depa.. then balik dulu sb macam lambat lagi.. sekitar jam 11pm Maz call dan ketika sampai telahpun masuk labor room..
Cumanya PPUM punya sistem baharu ni tak boleh tunggu di luar bilik tetapi kena tunggu di bawah.. so kejap2 telefon ssehinggalah diberitahu telah selamat melahirkan Eeman pada jam 12.53 pagi.. Welcome Eeman.. semoga menjadi anak yang soleh..
Istimewanya Eeman ni dilahirkan dengan sebatang gigi.. hehe.. Hari yang sama boleh check out (petang) kami terus stay di Shah Hotel PJ sb nak check gigi Eeman.. namun tangguh dulu sb kena appontment petang dan pn mask dah tak tahan duduk tunggu lama2.. Sister pun cakap tak ada apa yang bahaya kecuali kalau mengganggu semasa proses penyusuan mungkin dicadang untuk dicabut. kesian ngat aih..
Minggu ke-3 kami setelah baepantang di rumah di BBB, kami bergerak pulang ke kampung melalui Raub (sebab kena ambil Hasya dulu), Cameron Highland, Simpang Pulai dan seterusnya ke Kedah.. masa ni bulan puasa..
Rambut Eeman dicukur pada minggu ke-dua tapi lambat tumbuh.. mata eeman sebelah kiri pulak selalu berair..
gigi sebatang Eeman..
Masa bulan pertama dia kerap jaga malam dan boleh tahan suka menangis.. tapi semakin lama Eeman semakin ok dan baik.. tak gaduh sangat.. terima kasih Eeman mudahkan mama dengan abah..
Ni gambar eeman di pagi raya .. 1 Syawal 1436 bersamaan 17 Julai 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan