KOTA KINABALU: Satu-satunya 'rumah terbalik’ dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah. Menurut
pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah
menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia
dibuka kepada orang ramai.Malaysia Book of Records mengesahkan rumah itu adalah satu-satunya seumpamanya di negara ini. Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik. Rumah
itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan
Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau,
pantai timur Sabah.
"Pelancong asing dan tempatan tertanya-tanya mengenai rumah ini dan berkunjung ke sini sejak ia dibuka (pada 1 Februari)," kata Yee semasa majlis pembukaan rasmi rumah terbalik itu oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun pada malam jumaat.
Lokasi : Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, Tuaran, Sabah.
Apa yang best kat Rumah Terbalik ni yer? tak de lah best sangat tapi ok lah ada benda lain dari yang lain untuk kita lawati.. nak masuk kena bayar.. (tak ingat fee berapa) Bumbung di bawah so apa2 yang di bawah ada di atas.. tu jelah.. dalam rumah tak leh ambil gambar.. so ambil gambar kat luar jelah..
Kereta kancil terbalik..
Garden terbalik.. dan paling best........
...ada toilet terbalik..
inilah masanya untuk diriku bertukar menjadi Cicakman..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan