Sabtu, 3 November 2012

D'Yan Chalet

D'Yan Chalet terletak di penghujung Kg. Bukit Penjara, Pantai Merdeka.. tak jauh dari sini ada pengkalan bot nelayan berlabuh.. 

Jauh ke Kg. Bukit penjara dengan pantai peranginan Pantai Merdeka ni? 

Jawapan ringkas: dekat ceh ceh.. (dekat sangat) 
Kalau yang pernah pergi ke pantai Pantai Merdeka, bila kita mengadap laut (Tanjung Dawai di seberang sana),  betul2 di belakang kita ada  sebuah bukit tempat kera dan monyet bermain.. itulah Bukit Penjara (mengikut cerita di sinilah penjara Raja Bersiong). Kampung Bukit Penjara di sebelah bukit tersebut (juga dikenali sebagai Kg. Bakar Arang).. kalau berjalan mungkin jaraknya sebatang rokok.. kalau naik kereta baru saja masuk gear 5 dah sampai.. punyalah dekat.. hehehe.. ekstrem sikit.. tapi budak2 biasa pergi pantai jalan kaki sahaja dari sini..
 

 

 Kenapa tiba-tiba promosi D'Yan Chalet? Ada share ke? hehe.. bukan promosi tapi teruja juga bila balik kampung kali ni tengok dah siap.. dan cantik la jugak.. menjadi satu daya tarikan tak langsung ke kampung ini..

Dari rumah ayahanda Mat Mejar nak ke pengkalan akan lalui chalet ini.. view dari sini boleh tahan laa.. boleh memberi ketenangan.. latar belakang gunung Jerai.. dan for sure, matahari terbit jelas dari sini.. tunggu je awal pagi, anda akan dapat panorama yang mengasyikkan..

 
 menjelang malam..

 antara view yang boleh dapat di lokasi ini.. ini gambar ketika senja telah berlabuh.. tak sempat kejar awan merah..

 Gunung kebanggaan negeri Kedah terbentang jelas dari sini.  Masa ni air surut.. kalau air pasang boleh memancing.. atau boleh dapatkan khidmat bot untuk memancing di kawasan sangkar ikan..





 Gambar-gambar suasana di waktu pagi..

  

Kalau yang berminat nak bercuti  di Pantai Merdeka, d'Yan Chalet memberi pilihan alternatif selain Pantai Merdeka Resort.. Hubungi owner seperti nombor tertera dalam gambar di atas.. maklumat lanjut chalet boleh didapati di http://www.facebook.com/DyanChalet

1 ulasan:

Kherun berkata...

Teringin juga sebenarnya melawat ke Pantai Merdeka, Tanjung Dawai... sbb disebut2 dlm lagu.... InsyaAllah, one fine day....