Menjelang ketibaan 1 Syawal, paling kami nantikan adalah keghairahan untuk meneruskan tradisi pulang ke kampung.. sudah dua kali hari raya kami tak dapat join aktiviti balik kampung.. 8 Sept 2010 bersamaan 29 Ramadhan 1431H, lebih kurang pukul 10.00 pagi kami mula bergerak meninggalkan B.B.Bangi menuju ke utara.. kami lewatkan sedikit perjalanan pagi ini kerana menanti Mahafiz selesai peperiksaan bagi subjek Bahasa Mandarin di UniKL..
Cuaca agak baik.. tidak panas dan tidak pula hujan.. Mungkin kerana cuti sekolah yang telah awal bermula menyebabkan jalan tidaklah sesak walaupun banyak kenderaan.. ada juga beberapa kemalangan sepanjang perjalanan yang menyebabkan trafik perlahan seketika.. Kelajuan pun dimaksimakan kepada 110km/jam sahaja kerana tidak berminat lagi untuk membayar saman trafik seperti tahun2 yang terdahulu. Lebih kurang jam 3.30 petang kami tiba di Sungai Petani.
HARI RAYA 1
Hari Raya Pertama kami raikan di kampung Pantai Merdeka.. Teruja atas faktor sudah dua tahun tidak beraya di kampung, walaubagaimana pun kemeriahan tidak optima tanpa kehadiran keluarga Are Ja (big sister) yang pulang beraya di Johor.. Malam Raya bersukaria dengan kanak2, pasang pelita dan bermain bunga api..
pelita malam raya
anak-anak kami dan sepupu mereka (anak A Jan dan Nieta) berpesta main bunga api..
sebenarnya abah dia orang yang teringin sangat.. thehehe.. dulu-dulu bunga api ni berjenama King Cat..
Sambil bermain bunga api mereka mendendangkan lagu Selamat Hari Raya nyanyian Anuar Zain
Selesai Sembahyang Raya kami bermaaf-maafan.. Raya tahun ini tidak begitu ramai tetamu yang datang.. kami berhari raya sesama sendiri sambil berposing di hari raya..
Ahli keluarga yang ada di pagi raya.. Acu sedang ambil gambar.. hero tamil (paling kanan) tak suka bubuh butang baju..
Sesi Bermaaf-maafan
Mask bersama ayahanda dan bonda yang sangat dikasihi
Dinie, Balkis (cousin), Aina & Hasya .. tema baju : Apple
Lokman, Irfan, Hasya, Dinie, Balkis, Aina (usha baju dia) dan Rafiq bersedia untuk beraya..
ronda kampung...
aina tayang duit raya..
mama melayan tetamu cilik.. kalau ramai2 sangat datang tanya jer "nak duit raya ka nak makan kueh?" cepat2 mereka menjawab "nak duit raya!!" Tu versi kalau dah malas nak layan.. hehehe
menanti kehadiran rakan taulan... entah kenapa tahun ini tidak seperti raya-raya terdahulu di mana ramai tetamu akan berkunjung selepas solat sunat aidilfitri.. kali ini mungkin masing2 menanti tetamu di rumah, apatah lagi hari ini hari Jumaat.. masa untuk bertandang di sebelah pagi agak terbatas..
Maka couples yang ada kat rumah pun tak tau nak buat apa.. timbullah idea untuk berposing sekitar kawasan rumah..
Pose Istimewa Ngah Jan dan Ngah Nieta..
Klasikal Hari Raya..
memori daun pisang..
Posing Abah dan Mama..
melihat tetamu pulang dari jendela..
klasikal perdu pisang..
mengintai dari celahan pokok pisang..
memori daun nyior.. (lagu belum dicipta)
dua sahabat yang akhirnya menjadi kaum kerabat..
our bam bam.. asyik2 abah ambil gambar dia.. kenapa ya?
serunai malam yang kembang pagi.. menanti tetamu..
next.... Hari Raya 2
-jask-
1 ulasan:
wahhh dasat posing... celah pokok pisang pun jadi...
Tang salam ngan en. jask tu macam ada gaya artis bersalam dlm majalah URTV la
Catat Ulasan