Khamis, 25 Februari 2010

Balik Kampung.. (Cerita Kakak)

13 Februari 2008 sempena tahun Baru Cina, kami turut serta memeriahkan Lebuhraya Utara Selatan.. Jamn bermula dari Sungai Buloh lagi.. Selepas Ipoh baru kesesakan berkurangan.. Perjalanan kali ni memakan masa selama 8 jam.. lebih 3 jam daripada biasa.. Bertolak sekitar 7.00 pagi dan sampai di Pantai Merdeka sekitar jam 3 petang..
Petang tu jugak abah tak sabar2 ajak pergi tepi laut nak layan anak2 ikan.. kami ikut abah sekali.. boleh main air.. Harith dan Haziq memancing dengan abah..


anak ikan duri dan anak gelama jer yang ada.. tapi abah happy juga..

abang haziq dengan anak ikan putin damak..

PAGI AHAD.. pagi2 lagi wan ajak abah tangkap ayam.. wan gelihati bila abah stunt tangkap ayam dan terkandas di reban ayam macam kartun..  3 ekor ayam kampung kena sembelih pagi tuu.. lepas tu abah sambung lagi layan ikan.. kami ambik kesempatan lagi untuk berendam sambil main2 kat perahu yang ada di situ..
seronok berendam kat dalam air ni walaupun keruh sikit..

'Aina bobot main atas bot.. dia selsema sikit..

abah asyik dengan joran sambil cakap sorang2.. ntah apa yg dia bebel..

tiba2 abah ajak semua orang balik cepat.. abah mengaduh, rupa2nya abah kena sengat dengan obor-obor.. Bila kakak bagi tau Aina abah kena 'sting' dengan obor2, Aina tanya balik "nampak tulang tak?".. sebab Aina teringat kartun Sponge Bob kalau Sponge Bob kena letrik dengan obor2 dia nampak tulang.. lawak la Aina ni..

Balik rumah wan abah letak serbuk kopi kat kaki.. lepas tu lumur pulak dengan minyak gamat.. abah kata kaki rasa macam tersangkut kat letrik.. rasa panas macam melecur dan merah2.. Ingat abah dah serik, rupa2nya setengah jam lepas tu  abah lari pergi mancing sorang2 kat jeti kerang.. abah ni memang ketegag..

Petang mama rasa boring.. tunggu ngah tak sampai2 lagi.. pagi tadi abah janji nak bawa kakak dan adik2 serta cousin mandi kat pantai.. kami pun tuntut janji.. tapi orang ramai sangat kat pantai sebab hari ni cuti.. nak parking pun susah.. kami dan kelaurga mak long pergi jalan2 ke Pulau Sayak.. Singgah kedai makan mee udang, fries dan minum-minum..
kakak, dinie dan mirza..

dari Pulau Sayak boleh nampak Komtar di Penang sayup-sayup..
lepas makan kami main2 dekat situ.. mak long asyik dengan Nikon D90 dia..

sedapnya mama makan mee udang...

Lewat petang kami balik ke rumah wan..  best la jugak dapat jalan-jalan.. nanti kakak sambung cerita lagi...

1 ulasan:

Don & Nor berkata...

vavavava..kak mask dah ada pencatat baru nampak...senang ler lepas nii....