Sebelum meneruskan catatan, terlebih dahulu kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin kepada semua yang menjengok kami di blog ini..
1 Syawal 1430H di bumi NZ jatuh pada 21 September 2009.. Walaupun kami berpuasa awal 4 jam berbanding umat Islam di Malaysia, namun kami berhari raya lewat sehari.. Apa pun yang penting raya.. Perasaan beraya di bumi orang tak sama dengan beraya di tanahair sendiri di samping ayah bonda dan sanak saudara, namun kemeriahan tetap terasa..
Bagi rakyat Malaysia di Wellington, ada pilihan sama ada hendak bersembahyang raya dengan suasana takbir ala Malaysia di Bangunan Kedutaan Malaysia atau untuk bersama2 umat Islam pelbagai bangsa di masjid.. dan kami memilih untuk bersama saudara2 Muslim yang lain memandangkan ini raya terakhir di sini.. (Tahun depan raya kat Malaysia Insyaallah...)

Solat Hari Raya di masjid Wellington tahun ni nampak lebih teratur, ada petugas yang menjaga parking dan mengatur saf.. sistem pembesar suarapun sempurna tak seperti tahun lepas.. Takbir di masjid biasa sahaja.. tidak mendayu2 seperti yang kita biasa laungkan di Malaysia..
(teringat cerita pengalaman kawan beraya di luar negara; bila sampai giliran seorang rakyat Malaysia bertakbir maka beliaupun mengalunkan irama takbir mendayu2, kemudian imam tegur "mengapa buat lagu sedih? Hari ni kita merayakan hari kemenangan, kitap patut gembira.." hehe.. dia tak tau rakyat Malaysia memang suka sedih, gembira pun nak menitiskan air mata juga..)

SOLAT SUNAT EIDULFITRI DI MASJID WELLINGTON
SOLAT SUNAT EIDULFITRI DI KEDUTAAN MALAYSIA

Dewan Bunga Raya menjadi lokasi solat sunat eidulfitri - gambar dari fb Nezam
Menikmati Hidangan di Kedutaan Malaysia
gambar dari blog zaidi

Dewan Bunga Raya menjadi lokasi solat sunat eidulfitri - gambar dari fb NezamMenikmati Hidangan di Kedutaan Malaysia
gambar dari fb NezamRUMAH TERBUKA KILBIRNIE DAN HATAITAI
Empat Keluarga yang tinggal di Kilbirnie dan Hataitai (Jask & Mask, Bro Ali & Bell, Zaidi & Haza dan Shamsudin & Suzana) telah bersetuju untuk membuat rumah terbuka hari raya bertempat di 6/22 Ross Street, Kilbirnie iaitu teratak kami.. Menu yang disediakan adalah nasi tomato, ayam masak merah, kari rogen josh, sup ekor, bihun goreng, ketupat nasi, lemang, rendang daging, kuah kacang dan kuih muih..

antara hidangan yang disediakan
sila 000 sila..
makin ramai yang berkunjung..

harap2 semuanya dapat menjamu selera.. tuan rumah pun dah tenggelam..

lepak kat laman pun best.. angin sepoi2 bahasa maori..
rakan sekuliah Mask dari Cambodia dan Filipina

tiba masa untuk beredar.. bersalam-salaman, bermaaf-maafan..
Rumah Terbuka Raya ni bermula jam 11 pagi hingga 2 petang.. tetapi rakan2 postgrad, kakitangan hicomm dan rakan2 Malaysia yang bekerja di Welly ini datang agak serentak.. maka teratak kecil pun menjadi sesak, tak cukup di dalam rumah, terpaksalah makan kat laman.. Alhamdulillah cuaca hari ni pun baik.. sesak tapi meriah..

... dalam kemeriahan tiba2 sepi.. masing2 meneruskan misi raya.. lokasi seterusnya adalah ke Johsonville (rumah Mak Som dan Iskandar), Khandallah (Rumah TYT Duta Malaysia) dan Northland (Rumah Terbuka Nik & Fatma, Wak Azam & Kak Zizah, Mehraj & Khadijah)..
Kami sekeluarga hanya sempat menjejak ke rumah Mak Som (orang lama Welly, husbandnya orang kiwi) dan Iskandar (Alcatel NZ).. lepas tu kereta kami over heating..
Rumah Terbuka Raya diteruskan pada hari kedua di Lower Hutt anjuran keluarga Khairul & Deb, Shah & Izzah dan Niklin & Ida.. dan setiap hujung minggu hinggalah 18 Oktober 2009 barulah selesai siri raya di Wellington..
-jask-

5 ulasan:
selamat hari raya untuk rakan sekicap & family.
jangan sedih beraya di perantauan. pengalaman mahal tu.
Kak Mask, meriahnya.... dan makin selim.. tak aci ni.. hehhe
uuuiiiiii Mask... ramainya tetamu, terrer hang masak no... balik nnt buleh bisnes catering
kurusssssssssssssssssssssssss....
jelessssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
selamat hari raya zany...ha'aa pengalaman berharga ..betoi tuhh..
zaza, tu la lebih 50 org mai serentak pulak tu..rumah besaq lubang idung..terus melimpah ruah sampai kat luaq..kira jiran sebelah pon takut nak menghampiri kawasan..wakaka...slim?? hmm tak dak aihh...dok sorok sini sana isi di sebalik kain..wakaka
kak kherun..main pakai bantai jer kak oiii...bak kata org usaha tangga kejayaan!! balik nanti nak makan kat kedai la pulak..rindu suasana tuhh..
umicaca... mana ada kurus yang oiii...niat dihati nak jugak usaha ke arah itu...tapi macam susah ja ...
Catat Ulasan