Rabu, 10 Disember 2008

Dah lamaaaaaaaa...


Ada beberapa perkara yang hampir 10 bulan aku tak jumpa/alami di bumi kiwi ni ..... saja nak kongsi:

1. Dah lama tak dengaq lagu syahdu dari katak dan juga tak jumpa katak..kalau hujan mcm sunyi la pulak..hehhe

2. Dah lama tak dengaq bunyi cicak, tengok cicak dan bahan buangan nye..sejuk kot..kulit cicak nipis kan (teori yg aku juai dekat anak2)

3. Dah lama tak tengok semut, jumpa semut dan melihat makanan dihurung semut..ni perkara bahagia

4. Dah lama tak tekan suiz kipas...sini tak dak kipas laa...

5. Dah lama tak digigit nyamuk...

6. Walaupon lalat dia besau cam tungau (time summer) tapi tak pernah pulak jumpa ulat sampah tu lagi... tak jumpa pon tak pa...aku gelii arrrghhh...

7. Dah lama minum ayaq paip .. sini air paip leh minum terus..walaupun ada yg masih tak yakin dan minum air yg dimasak (no question dan kami hormati pegangan tersebut)..tapi kami yakin coz kettle kami dah 10 bulan kami pakai..dalam dia masih seperti baru...tidak ada kotoran putih melepak... dan satu lagi menambah keyakinan bila iklan kesihatan dia pon suruh minum air paip daa...jgn masak sebab nak jimat tenaga...

8. Dah lama tak minum ayaq ais ketul2 tuhh... sebab sini ayaq paip dia pon dah berpeluh2 gelasnya...

9. Dah lama tak makan fast-food..owhhhh betapa ku merindui segala menu McD, KFC dan A&W yang pada ketika ini hanya dapat dibayang tetapi telah lupa namanya.. huhuhu...

10. Dah lama tak balik kampung...peluk mak, abah...buat funfair ngan family, anjur permainan tikam2 kat anak buah.. buat cabutan bertuah bila balik kg....

11. Gelak2 dan makan2 plus shopping2 dengan kengkawan opis......errr..ratah daging korban?? oh no...

12. Dah lama tak fikir pasai diet....huhuhu... oh my gosh!! I'm too preoccupied with the food thing now!!

arghhhh.. this list is becoming more dramatic.. better stop now!!


4 ulasan:

mommy anis berkata...

aduhai....

dah jd mat saleh dah semua anak2 kak mask nih...

kak mask n abang jask makin slim laa...huhuhu

maskjask berkata...

slim?? hehehe..en.jask yer memang sangat2 slim.. saya?? tak berapa aa nud..masih montel maa..cuma gambar2 yg dipublish tu dah dipilih dan dikelas2 supaya tiada angle yg tidak diingini keluar..nyeh2

Unknown berkata...

dah lamaaaaa..

1. Aku tak baca blog hang
2. Aku tak comment N3 hang sebelum2 ni(tak sempat..dpt baca pon kira puas dah)
3. Aku tak berkelah dgn hang..

rindu sungguh la kat hangpa...selalu dok teringat

maskjask berkata...

aku pon dah lamaaa...
1. tak baca komen hang
2. tak pi umah hang...
3. tak makan masakan hang
4. tak gelak2 ala gunung berapi ngan hang

aku pon sunggoh teringat..tapi nak buat camner fulus elek..kalau aku kaya cuti dua bulan ni..aku dah balik dah nihh..